Sunday 3 August 2014

Bagaimana nak mula dengan PHP?

Sebelum kita boleh mula coding dengan PHP, kita haruslah install server untuk execute program kod. Ini adalah kerana PHP adalah server side scripting, jadi kita tidak boleh execute programnya begitu sahaja menggunakan laptop kita.

Ada beberapa pilihan yang kita boleh pilih untuk PHP server. Pilihan yang paling popular semestinya menggunakan Apache server. Tetapi saya tak pasti kenapa, untuk install Apache menggunakan laptop saya agak susah. Susah sebab banyak pula hal-hal lain yang saya kena consider contohnya kena install software lain seperti WinRAR kerana WinRAR dah expired..

Takpelah, saya tak install Apache untuk masa ni. Saya install WinAmp server seperti yang dicadangkan dari site PHP tutorial ini. Yang bagusnya, WinAmp juga akan install sekali MySQL dan PHP. Jadi tak perlulah kita install server, kemudian PHP , kemudian MySQL pula. Untuk beginner seperti saya ni memang mudah lah menggunakan satu server sahaja. Mungkin server ni ada limitation tapi buat masa ni saya rasa memadailah untuk kegunaan saya.

Oh ya, configuration laptop saya - saya menggunakan Windows 8. Info lain-lain nanti saya kongsikan.

Ok, untuk coding saya yang pertama, saya cuma sekadar display "My own testing with PHP" dan tab titlenya ialah "Khayra and Qaireen".

Coding saya seperti di bawah:

<html>
<head>
<title> Khayra and Qaireen
</title>
</head>

<body>
<?php print("My own testing with PHP"); ?>

</body>
</html>

Mula-mula saya taip coding ni di dalam notepad. Kemudian, pilih "Save As" -> myfirst2.php dan file type All file.

Untuk execute file dalam browser, mula-mula kena pastikan WinAmp server online dan All Services running. Kita kena test dulu jika WinAmp server benar-benar up and running. Caranya ada dinyatakan dalam website PHP tutorial yang sama ni.

Jadi, saya pilih Localhost dari pilihan menu WinAmp. Kemudian saya tambahkan addressnya dengan nama file saya iaitu myfirst2.php. Address lengkapnya adalah http://localhost/myfirst2.php

Output display adalah seperti di bawah:


Mari belajar PHP

PHP merupakan salah satu server scripting language yang digunakan dengan meluas untuk membangunkan laman web. PHP adalah mudah untuk dipelajari dan dikuasai oleh sesiapa yang berminat untuk menjadi expert dalam bidang ini.

Dalam posting seterusnya, saya akan kongsikan pengalaman saya mempelajari PHP bermula dari bagaimana cara untuk install dan run kan program code.

Saya juga akan berkongsi tentang apa sahaja perkara yang berkaitan dengan IT yang mungkin dapat memberi manfaat kepada kita semua. Diharap dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu kepada kita semua, insya Allah